* Majlis sambutan Eidul ‘Adha 1430 & Majlis Korban
Alhamdulillah, pada tahun 1430 sekali lagi MTDI berjaya mengadakan solat sunat Eidul ‘Adha dan majlis korban. Solat sunat ini telah diimamkan oleh Ustaz Abu Bakar bin Chik.
Khutbah dibacakan oleh Ustaz Abu Bakar bin Chik
Jemaah sedang khusyuk mendengar khutbah yang disampaikan
Khutbah disampaikan oleh Ustaz Abu Bakar bin Chik
Seekor lembu dan seekor kerbau telah dikorbankan yang kemudiannya dibahagikan kepada masyarakat di sekitar qariah masjid ini. Sembelihan korban telah dilakukan di dua tempat, iaitu di perkarangan MTT dan di tempat sembelihan berasingan. Sembelihan korban di MTT telah disempurnakan oleh Mudir MTT sendiri iaitu Ustaz Mohd Zahib bin Mat Zain.
Penyembelihan korban disempurnakan oleh Mudir MTT, Ustaz Mohd Zahib bin Mat Zain.
Proses melapah daging sedang berjalan
Menyiapkan daging untuk diagih-agihkan
5 Muharram 1431
* Jazakumullah
Pihak MTDI ingin mengucapkan jutaan terima kasih di atas kesudian para dermawan yang telah menyumbang kepada pembinaan Masjid ini selama ini.
Semoga Allah merahmati dan memberkati anda para dermawan yang budiman sekalian.
2 Syawal 1430
* Iftor Jama’ie
Alhamdulillah, pada 3 September 2009 bersamaan 13 Ramadhan 1430 telah berlangsung Iftor Jama’ie di Masjid Tahfiz Darul Iman.
Iftor ini yang bertujuan untuk memungut kutipan untuk pembinaan Masjid telah berlangsung dengan jayanya dan mendapat sambutan menggalakkan dari masyarakat sekitarnya.
Berikut antara video ucapan di majlis tersebut.
Ustaz Abu Bakar Abdullah
Ustaz Abu Bakar Chik 1
Ustaz Abu Bakar Chik 2
Sempena Ramadhan al-Mubarak yang masih lagi berbaki, Masjid ini menyeru sumbangan dari para dermawan untuk menyiapkan struktur binaan dengan seberapa segera.
InsyaAllah, Jawatankuasa Masjid Tahfiz Darul Iman akan mengadakan satu lagi majlis berbuka puasa pada 12 September 2009 bersamaan 22 Ramadhan 1430.
Majlis berbuka puasa ini akan diadakan di perkarangan masjid pada tarikh tersebut. Untuk itu, jemputan dibuka kepada mana-mana individu yang ingin menaja hidangan untuk berbuka puasa pada kadar RM50 sehidangan. ( Satu hidangan untuk 4 orang ).
Sebarang tajaan atau pertanyaan bolehlah disalurkan kepada Ustaz Muzaihar Kamal (017-4120225) atau Ustaz Saiful Ambia (019-9229158).






